Friday, May 22, 2009
Suratan Menentukan Segalanya_SMS 8
Petang yang mengasyikkan itu seolah-olah mampu menghilangkan kesakitan yang Putri alami. Percutian selama seminggu yang diambilnya diisi dan dihargai dengan mengamati sepenuhnya keindahan alam yang sungguh mententeramkan jiwa. Pantai yang indah itu membuatkan berat hatinya untuk pulang ke tempat kerja. Namun begitu, rajuknya pada Hakim masih tidak surut lagi.
"Putri, Hakim minta maaf sangat because last minute bos baru informkan yang Hakim kena ganti tempat Dato' Arshad untuk tugas baru tu."
"Hakim duduklah dekat sana selama mana yang Hakim nak. Putri dah malas nak menaruh harapan tinggi. Benarlah kata orang. Penantian itu satu peneyeksaan. Putri tak kisahlah Hakim. Tiada paksaan dalam hubungan kita ni. Just want to let you know that I'll be right here waiting for you."
"I'm so sorry sayang."Hakim meraih kemaafan dari tunang yang tersayang.
"It's okay. Don't worry. Enjoy your work okay."
"I'll back soon."
"Assalammualaikum.."seraya itu panggilan diputuskan. Putri sangat sedih ketika itu. Hati yang berkobar-kobar hendak menjemput kepulangan Hakim dari Dubai hari itu hancur musnah sebaik saja mendapat panggilan dari Hakim yang terpaksa memanjangkan tempoh bertugasnya di sana.
Air matanya gugur lagi ke bumi. Entah untuk yang keberapa kalinya. Baru teringat pada Siti Salima, kakak angkatnya yang dikenalinya beberapa minggu yang lalu. Hubungan mereka semakin akrab sebaik sahaja Putri dapat merasakan keserasian dirinya dengan Siti Salima. Masalah yang dihadapi dikongsi bersamanya. Telefon bimbit dikeluarkan segera nombor telefon Siti Salima dihubungi. Semakin rancak perbualan mereka di corong telefon.
"Akak nasihatkan Putri berterus-terang pada tunang Putri. Seandainya dia betul-betul menyayangi Putri, dia pasti akan menerima Putri dalam apa jua keadaan sekalipun."
"Tapi Putri takut kak."
"Putri, apa yang perlu Putri takutkan? Jodoh kita semuakan ditentukan olehNya. Sekiranya ada jodoh di antara Putri dengan Hakim, ianya takkan ke mana. Semakin lama Putri rahsiakan, takut nanti Hakim merasakan dirinya tak diperlukan. Apa gunanya dia menjadi tunang Putri tetapi tidak bersama-sama Putri di saat Putri tengah berperang dengan penderitaan ini? Putri, percayalah yang Hakim akan menjaga Putri dengan sebaik-baiknya. Satu lagi, terus-terang pada keluarga Putri."
"Dia tak marah ke kalau Putri bagitahu sekarang? Putri dah mengidap penyakit ni sebelum kami bertunang lagi kak. Pasal family Putri tu, Putri dah bagitahu kak Norlin pada hari pertunangan Putri. Dia yang banyak bagi semangat pada Putri tapi Putri tak bagi dia bagitahu pada ahli family yang lain. Putri tak bersedia lagi kak."
"Hakim seharusnya bijak membuat keputusan. Tentu dia tahu kenapa dan mengapa Putri merahsiakan dari pengetahuannya. Merahsiakan dari keluarga bukan tindakan yang baik Putri. Sepatutnya, semua mereka perlu tahu akan penyakit Putri ni. Putri, mengharung keperitan seorang diri ni tidak sama rasanya bila kita di kelilingi orang yang memberi semangat pada kita. Akak merayu pada Putri, jangan rahsiakan lagi penyakit Putri ni dari pengetahuan mereka lebih-lebih Hakim. Akak taknak apa yang adik akak alami akan Putri rasai jua. Please...."Siti Salima merayu pada Putri untuk kesekian kalinya.
"Sekarang dia dekat Dubai lagi kak."
"Kalau tak nak call, Putri hantar e-mail je. Akak doakan semua kebaikan berpihak di sebelah Putri. Satu lagi, jangan lupa doa. Itu yang penting. Akak sentiasa memberi semangat pada Putri."
"Okaylah kak. Putri akan fikirkan balik."
"Ermm. Akak pun nak mandikan Raisya ni."
"Terima kasih kak atas semua nasihat akak. Assalamualaikum kak."
Tidak terdetik sedikitpun di hatinya menyesal mengenali wanita itu. Sungguh banyak kata-kata nasihat yang dititipkan pada Putri. Mungkin pengalaman yang mengajar Siti Salima untuk menjadi lebih dewasa dalam berkata-kata. Tambahan lagi, situasi yang dialami Putri tidak ubah seperti situasi yang dihadapi arwah adiknya.
Pemandangan matahari terbenam petang itu sungguh indah sekali. Azan yang berkumandang seolah-olah memberi isyarat kepada Putri untuk pulang ke chalet dengan segera. Laju sahaja kakinya melangkah menuju ke chalet.
Usai menunaikan solat Isyak dan rutin hariannya, membaca Al-Quran, Putri mengambil laptopnya. Setelah broadband disambungkan, dengan pantas jari-jemarinya mengarang e-mail untuk Hakim. Dia bertekad untuk berterus-terang pada Hakim. Baginya, semakin lama dia memendam keseorangan, semakin sakit rasanya untuk berahsia. Dalam kegusaran hatinya, Putri terus-terusan juga mengarang e-mail dengan kata-kata yang seindah mungkin. Dengan lafaz bismilahirrahmanirrahim, terus butang send diklik. E-mail yang seterusnya diedit-edit dan terus dihantar ke alamat e-mail ayah, Kak Norlin, Afiqah dan yang paling dirinduinya saat itu, Aliza. Selesai sahaja urusan itu, Putri melabuhkan diri di atas tilam yang tidak berapa empuk tetapi cukup sekadar untuk menampung dirinya yang semakin susut itu. Mudah benar dirinya terlena malam itu.
Friday, May 8, 2009
Suratan Menentukan Segalanya-SMS 7
"Ye sayang... Sayang Hakim ni rehatlah kalau tak sihat."
***************
Putri berjumpa dengan Dr. Heynna atas urusan penting yang Putri sendiri tidak pasti perkaranya.
"Kenapa doktor? Doktor dah tak sudi merawat saya lagi ke? Penyakit saya membebankan doktor ke?"
"Tak. Bukan begitu maksud saya Putri Atiqah. Saya ditugaskan untuk berkhidmat di luar negara. Awak jangan bimbang, saya dah cari doktor yang terbaik untuk menggantikan tempat saya bagi meneruskan treatment ke atas Putri."
"Siapa?"
"Doktor Alex."
"Doktor akan serahkan segalanya pada dia?"
"Awak jangan risau. Saya akan sentiasa memantau perkembangan Putri melalui Alex nanti. Ha, panjang umur doktor. Ini kenalkan Putri Atiqah, patient yang you kena handle and Putri, ini Dr. Alex."
"Alex? Do you?"
"Yar. The person in MPH right?"
"Kenal ke?"celah Dr. Heynna.
"A'aa. dulu saya pernah jumpa dia dekat MPH. Masa zaman universiti dulu."
"Owh, kalau macam tu senanglah. Dah kenal antara satu sama lain so I put all my trust for you, Alex."
"Okay. I'll try my best."
"Thanks."
''Cantik rambut orang tu kan Putri.''
''Lagi cantik kalau dijaga''
''Maksud Putri?"''Lagi cantik seandainya dia simpan hanya untuk suami dan muhrimnya saja. Pakai tudung. Kan itu lebih baik."
"Betul, betul, betul... Mesti Putri cantik lagikan? Tak sabar nak tengok.""Tunggu kahwinlah."
Lamunannya terhenti bila seorang budak kecil berlari ke arahnya.
"Maaf dik, Raisya ni memang nakal,"ujar si ibu.
"Eh, takde apalah kak. Budak-budak memang macam tu."
"Adik sorang ke?"
"A'aa"
"Dari pandangan akak, adik ni macam ada masalah berat je. Akak perhatikan adik dari tadi dah sebenarnya. Maaf seandainya tekaan akak silap."
"Takde la kak. Masalah tempat kerja je. Eh, lupa pula. Saya Putri Atiqah. Akak?"
"Siti Salima."
"Akak selalu datang sini?"
"Selalu juga. Teman Raisya ni. Dia ni kalau tak keluar sehari memang bising. Mak dia manjakan sangat dulu, macam tu la jadinya."
"Mak? Raisya bukan anak akak ke?"
"Anak akak. Tapi dulu adik akak yang jaga. Dia suruh Raisya ni panggil dia mak."
"Mana dia sekarang kak?"
"Dia meninggal lima bulan yang lepas. Leukemia." Air mata Siti Salima gugur tiba-tiba. Mengingatkan adiknya yang telah pergi selama-lamanya. Al-Fatihah terus disedekahkan kepada adik kesayangannya.
"Maaf kak. Akak bersabar ye. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."seraya itu degupan jantung Putri berdegup kencang. Entah mengapa, dia sendiri pun tidak pasti. Adakah kerana penyakit yang dihidapinya sama dengan adik Siti Salmah. Dia buntu namun dihadapi dengan tenang.
"Doktor jangkakan arwah boleh bertahan dalam dua tahun lagi. Tapi segalanya kuasa Allah, arwah memanjangkan umurnya. Dia mampu bertahan selama empat tahun dari jangkaan yang doktor buat. Sebab itu kot arwah senang menyuruh Raisya memanggilnya dengan panggilan mak. Suami dia telah meninggalkan arwah sehari selepas hari pernikahan mereka. Waktu itu, arwah memang tidak secantik dulu tambahan lagi rambutnya yang ikal mayang itu telah luruh sehinggakan tiada seurat rambut pun lagi di kepalanya. Suaminya memberi alasan dia tidak sanggup mendampingi seorang isteri yang berpenyakit. Tapi arwah redha ke atas segalanya." tangisannya kian reda.
"Sabar ye kak. Kita sama-sama doakan agar arwah berada bersama orang-orang yang beriman di sana. Amin."
"Dah lewat ni Putri. Jomlah kita balik. Seandainya ada rezeki, kita berjumpa lagi."
"Akak,"
"Ye?"
"Akak sudi menjadi kakak angkat saya?"soal Putri tanpa teragak-agak sedangkan perkenalan itu terlalu baru.
Siti Salima mengangguk. "Akak sudi Putri. Lebih-lebih lagi Putri memang seiraas dengan arwah. Akak pergi dulu ya. Ni kad akak. Kalau Putri sudi, contactlah akak."
Putri menyambut kad yang dihulurkan. Langkah Siti Salima hanya ditemani dengan pandangan kosong. Sekosong jiwanya ketika itu.
'Wedding Planner? Bolehlah aku guna perkhidmatan akak ni untuk perkahwinan aku nanti. Kahwin? Akankah aku ditinggalkan seperti adik kak Siti? Tergamakkah Hakim memperlakukan aku sebegitu? Seandainya Hakim tahu apa yang berada di sebalik tudung aku ni, akankah dia terus menyayangi aku?'
Azan maghrib yang berkumandang mematikan lamunan Putri. Putri terus berlalu menuju ke keretanya untuk pulang ke rumah.
Setibanya di rumah kelihatan Nurul sedang asyik menonton rancangan kegemarannya. Asyik sekali.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Mana Afiqah? Tak balik sekali ke?"
"Dia outstation dengan Hani tadi. Kau dah solat?"
"Aku off-day." Jawab Nurul sambil tergelak kuat.
"Okeylah. Aku nak mandi and buat apa-apa yang patut."
"Alright."
Lama Putri berteleku di tikar sejadah. Panjang doanya malam itu. Lebih panjang dari hari-hari biasa. Sementara menunggu Isyak, Putri membaca ayat suci Al-quran. Itulah yang lazim diamalkannya dari dulu lagi. Cuma alunan bacaannya lebih elok bebanding dulu. Tidak lama kemudiannya, azan Isyak berkumandang menyeru umat Islam menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Usai solat, Putri mengambil semula Al-qurannya lalu menyelak lampiran surah yaasin.
Setelah selesai segalanya, Putri melangkah ke almari solek. Duduk seketika merenung diri yang semakin susut. Sikat yang menjadi 'penghias' almari soleknya itu diambil perlahan-lahan. Lama direnungnya sikat itu. Tiada lagi rambutnya yang dulu sering dijaga rapi untuk disikat. Tiada lagi. Yang ada hanya kulit kepala yang membaluti tempurung kepalanya. Matanya mula berkaca dan setitis demi setitis air matanya berguguran di pipi. Sebak di dada tak tertahan lagi. Bagai mahu meletup rasanya jika ditahan.
Wednesday, May 6, 2009
Suratan Menentukan Segalanya-SMS 6
Malam itu Putri bergegas menuju ke restoran mahu berjumpa dengan Hakim. Seminggu sudah menjadi tunang Hakim, inilah kali pertama mereka keluar bersama.
"Lama tunggu? Sorry lambat," ujar Hakim.
"It's okay."
"Putri nak makan apa?"
"Saya nak minum je. Tak nak makan."
"Makanlah sikit Putri. Hakim tengok Putri dah semakin susut dah ni. Kenapa ni? Tak sihat ke?"
"Taklah. Saya tak lapar. Ada apa nak jumpa ni?"
"Kenapa? Macam tak sudi je jumpa tunang sendiri."
"Eh, taklah! Tanya je."
Hakim, aku rindu engkau. Tapi aku buat-buat macam biasa sebab aku tidak mahu kau terasa sangat seandainya perkara yang tak dijangkakan terjadi nanti. Kalau boleh, aku nak jadi macam Putri yang dulu. Yang sentiasa cuba membuat Hakim gelak ketawa walaupun Hakim dalam keadaan yang sangat marah. Hakim, kalaulah engkau tahu penderitaan yang aku alami sekarang ini, hakikat sebenarnya, akankah Hakim setia berada di sisi Putri?
"Dengar tak Hakim bagitahu apa ni?"
"Ahh? Apa dia?"
"Putri mengelamun ek? Hakim kata, Hakim kena pergi Dubai sebulan ni. So, Hakim risau kalau tak sempat nak buat persiapan perkahwinan kita."
"Hakim, jangan tinggalkan Putri."
"Kenapa ni Putri? Hakim pergi sebulan je."
"Kita kahwin."
Hakim terpaku mendengar pelawaan Putri.
"Betul ni?"
"Betul Hakim. Kali ni Putri tak main-main. Putri serius."
"Tapi kenapa tiba-tiba nak cepatkan? Bukan ke sebelum ni Putri tak suka bincang tentang perkara ni ke?"
"Sebab Putri takut sebaik Hakim balik dari Dubai, Hakim tak jumpa Putri dah," Putri terus bangun meninggalkan Hakim dengan seribu satu persoalan.
"Putri! Tunggu!"
Putri tidak berpaling walau sedikit pun malah terus berjalan laju menuju ke keretanya. Malam ini aku nak keluar. Aku nak besendirian. Aku nak tenangkan fikiran aku yang kusut ini. Gila. Kenapa aku ajak dia kahwin tadi? Tidak terlintas di fikiran pun mahu berkata begitu. Aku takut. Aku takut aku tidak sempat merasa kasih-sayang seorang suami dan aku ingin menjadi isteri solehah. Aku takut aku mungkiri janji pada Hakim yang aku akan menjadi isterinya kelak. Aku takut. Tapi masih terbit satu fajar dalam hatiku yang membuat aku kuatkan semangat melawan penyakit ini.
"You have less than 2 years Putri. I don't know why your cells still active to born out the unnormal blood even you always follow all treatments that we produce for you."
"It's okay Dr. Heynna. I'll face it. I'm strong woman. You know me right." Putri menyembunyikan kegusaran di jiwa. Senyuman yang terbit di bibir seolah-olah terpaksa. Sesiapapun, jikalau mengetahui akan hakikat hidupnya tidak lama, mesti akan gusar jua.
Dari hari ke hari, rambut Putri semakin banyak gugur. Kulit kepalanya sudah jelas kelihatan. Kata-kata Dr. Heynna petang tadi masih tengiang-ngiang di telinga. Dua tahun. Masa yang terlalu singkat bagi seorang hamba untuk membersihkan dirinya menemui ilahi. Jauh di sudut hatinya bersyukur, sekurang-kurangnya dia tahu akan tempoh hidupnya di muka bumi Allah ini.
Prince Zacq calling....
"Tak tidur lagi?"
Dah aku jawab ni tak tidurlah maknanya. Soalan, pelik-pelik aje.
"Dah. Tengah tidurlah ni," Putri geram.
"Laa. Garangnya. Hakim nak bagitahu yang Hakim terpaksa bertolak esok. Tapi Hakim dapat kurangkan tempoh bertugas dekat sana. Hakim pergi dua minggu je. Balik dari sana kita kahwin ek."
"Hakim..."
"Kenapa ni sayang? Janganlah nangis. Sejak akhir-akhir ni, Putri Hakim ni selalu je nangis. Hakim tak pergi lamakan..'
"Tapi bagi Putri berjauhan dari Hakim sehari pun rasa terlalu lama."
"Sabar ek. Nanti balik je dari Dubai, kita balik Sarawak kita nikah ye sayang."
"Hakim kerjalah dekat syarikat ayah."
"Kenapa pula ni. Bukan dulu Putri juga ke yang tak nak Hakim kerja tempat yang sama. Nanti cepat bosan. Yelah, Hakim ni sesedap mata memandang je. Itupun sekilas pandang je. Takut orang tu bosan pulak nanti kan..."
"Itu dulu. Tapi Putri memang tak nak jauh dari Hakim dah."
"Takpe. Kalau sayang tinggal-tinggalkan. Baru rindu"
Tiada jawapan di hujung talian. Panggilan terputus. Hakim tahu tunangnya merajuk. Dua minggu je. Tak lama pun. Nanti balik aku akan pastikan engkau jadi isteri yang sentiasa bertakhta di jiwa ini Putri. Apa yag peliknya, dia perasan yang Putri seolah-olah menyembunyikan sesuatu darinya. Membelek semula gambar-gambar lamanya dengan Putri suatu ketika dahulu memang sungguh berbeza. Dulu gadis itu tembam tetapi sekarang ketembamannya itu semakin hilang. Kurang sikit kecomelannya tetapi itu bukan batu ukuran untuk menyayangi seseorang. Ia datang dari hati yang tulus ikhlas.
Telahannya salah. Tiada siapa mengetahui Putri terjelepok di lantai biliknya. Badannya semakin lemah. Khabar yang disampaikan Hakim sebentar tadi langsung tidak mengembirakannya. Dia terlalu memerlukan seseorang di sisinya tambahan lagi keadaannya yang memang tidak stabil ketika itu.
Pagi itu, Hakim meninggalkan bumi Malaysia atas urusan tugas. Sempat dia menghantar pesanan ringkas nakal pada Putri sebelum handphone dimatikan.
_jgn majuk lg tau buah hati abang. nanti x comel dah. balik ni kita nikah ek. muwaah.. cayang Putri_
Pagi itu juga Putri tersedar yang dia terbaring di atas lantai dengan lengan baju tidurnya penuh dengan darah. Putri bangkit menuju ke katil. Ubat terus ditelan. Perlahan-lahan menuju ke bilik mandi untuk mandi. Selesai segalanya, baru handphone dicapai. Seraya itu matanya berkaca.
'Hakim... Putri rindu Hakim. Hakim jangn pergi lama-lama. Putri nak habiskan sisa-sisa hidup Putri di sisi Hakim. Putri sayang Hakim.'
Hari itu Putri tidak pergi ke pejabat. Tidak larat. Inilah kali pertama dia tidak pergi ke pejabat setelah sekian lama menjadi seorang pekerja yang bertugas di syarikat ayahnya sendiri. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Hakim. Dulu memang dia mahu menjauhi Hakim, tapi dia memang tidak sanggup berjauhan dari Hakim. Biarlah apa yang terjadi, yang penting impiannya menjadi isteri kepada Hakim tercapai. Putri memang terlalu menyayangi Hakim.
Suratan Menentukan Segalanya_SMS 5
Hakim membiarkan Putri meng'gila'kan dirinya dengan kawannya. Baginya, bersosial tidak menjadi satu masalah dalam hubungan mereka selagi tidak melanggar batas.
Monday, May 4, 2009
Suratan Menentukan Segalanya_SMS 4
"Have a sit Putri," pelawa Dr. Heynna lembut.
Bagaikan gelap rasa dunia ketika mendengar apa yang Dr. Heynna katakan. Tidak.. Aku tidak mampu untuk menanggung penderitaan..
"Teruk ke sakit saya ni doktor?"
"Masih di peringkat awal lagi dan mulai dari hari ini, saya akan mulakan treatment untuk Putri supaya sel-sel barah ini tidak merebak. Saya harap Putri dapat memberi kerjasama dan bersabarlah. Berdoa banyak-banyak supaya disembuhkan segera."
"Kenapa? Perlu ke?"
"No ayah. Tiqah tak sedia lagi untuk semua tu. Tiqah nak bahagia ibu dan ayah. Tiqah dah janji dengan kak Norlin yang Tiqah nak bahagiakan dia dengan anak-anaknya. Tiqah tak puas lagi bermanja dengan Fiqah, nak gila-gila dengan dia. Tiqah tak nak ayah," esakan sudah mula menyelubungi ruang tamu condo Putri. Haji Aiman menghampiri Putri lalu memeluk anaknya. Memang itu yang selalu diperlakukannya pada Putri bila anaknya itu menangis.
"Kenapa ni sayang? Hakim bukan pilihan Tiqah ke? Tak sayang Hakim ke? Ayah tengok, bagus je budak Hakim tu. Cuba bagitahu ayah apa yang tak kena ni?"
"Tak.. Hakim baik, tapi Tiqah tak bersedia lagi menjadi seorang isteri yah. Tiqah nak bahagiakan keluarga kita dulu."
"Ayah lagi bahagia kalau Tiqah setuju permintaan ayah tadi. Masa ayah dan ibu keluar dengan Hakim tadi, Hakim dah bagitahu ayah hasratnya untuk memperisterikan Tiqah."
Sewaktu di restoran petang itu.....
"Pakcik, makcik, saya memang betul-betul nak jadikan Putri tu lebih dari seorang sahabat. Saya nak mengahwini dia. Saya nak meniti hari-hari saya ditemani dengan Putri."
"Pakcik dengan makcik tak kisah pilihan anak-anak ni. Lagipun kita nak membina masjid, bukankah itu perkara yang elok dalam agama kita."
"Sebenarnya saya dah bagitahu Putri tentang hal ni, tapi tolak permintaan saya atas alasan dia masih study. Tapi sekarang memandangkan dia tidak bergelar pelajar lagi, saya taknak tangguhkan perkara yang baik ni. Tapi kalau Putri taknak juga, saya pun tak paksa. Saya janji pada pakcik dan makcik yang saya akan setia menunggu Putri."
"Ayah, Tiqah minta maaf tinggikan suara tadi. Tiqah tak berniat. Tiqah memang tidak bersedia lagi nak menjadi seorang isteri ayah."
Sebenarnya bukan kenyataan itu yang Putri geruni. Putri takut akan penyakit yang dihadapinya tidak memberi jaminan hidup lama dan sekaligus akan membantutkan tugas sehariannya. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang mengetahui hari-hari yang dilaluinya sungguh perit sekali. Putri sangat menyayangi Hakim tetapi dia tidak sanggup untuk melukakan Hakim.
'Darah lagi? Ya Allah, sembuhkanlah aku dari penyakit yang sangat perit ini. Ampunilah segala dosa hambamu ini ya Allah.'
Pagi itu penerbangan ke Sarawak terpaksa ditangguhkan ekoran masalah cuaca. Putri terpaksa berulang-alik dari Sarawak ke KL setelah ayahnya membesarkan empayar perniagaannya. Putri diamanahkan untuk menguruskan anak syarikat ayahnya di Damansara.
Pulangnya Putri ke Sarawak pada hari itu sungguhnya tidak keseorangan. Putri pulang berteman.
Akhirnya, lamaran Hakim diterima. Putri bersetuju untuk bertunang dengan Hakim. segala persiapan telah pun diuruskan oleh ibunya dan kak Norlin. Fiqah asyik teresak-esak bila mengetahui kakaknya akan bertunang kerana dia tahu dia akan kehilangan teman rapat. Fiqah bertekad sepanjang tempoh pertunangan Putri, dia akan tinggal serumah dan membantu Putri menguruskan perniagaan ayahnya di Damasara. Masa bujang kakaknya akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Saturday, May 2, 2009
Suratan Menentukan Segalanya_SMS 3
"Solehah la sangat. Ha, nak pergi mana ni? Sri Kandi ek? Aku dah lapar ni. Apalah yang si Nurul tu buat dekat restoran tu malam-malam buta ni. Dah dekat jam 12 malam ni"
"Wei!! Nak buat drama dekat rumhlah. Aku lapar ni. Alang-alang kita kat tempat makan ni, baik aku makan dulu. Amacam?"
Happy birthday to you.....
Monday, April 20, 2009
Suratan Menentukan Segalanya_SMS 2
"Pukul berapa nak pergi?"
"After kelas. Dalam pukul 3.00 boleh?"
"Okay. Tapi pastikan pukul 3.00 tau. Hakim taknak tunggu lama-lama. Faham!"
"Okay."
Hakim memang terkenal dengan ketegasannya tetapi hatinya sungguh mulia.
Jam 3.00 p.m.
3.15 p.m..3.30 p.m.
"Maaf, lambat. Tadi jumpa lecturer, sebab nak tanya tentang assignment yang dia bagi. Tak faham. Macam susah je."
"Saya peduli apa awak nak jumpa siapa pun. Susah sangat ke nak inform dulu? Banyak kali dah saya call. Susah sangat ke nak jawab? At least, bagilah mesej ke, apa ke."
Putri hanya membisu. Dia faham benar dengan angin Hakim Zacquan. Pantang silap mesti angin satu badan. Perjalanan ke Mid Valley petang itu sungguh hambar. Hanya suara DJ berceloteh yang kedengaran.
"Hakim, Putri minta maaf."
Hakim langsung tidak mengendahkan Putri. Betapa sakitnya hati Putri, Tuhan saja yang tahu. Entah mengapa Hakim mudah benar naik angin sejak akhir-akhir ini. Memandangkan Hakim langsung tidak endah akan dirinya, Putri mengambil keputusan untuk terus membatukan diri sehinggalah mereka sampai di Mid Valley.
"Hakim, thanks sebab hantar Putri. Sorry menyusahkan Hakim. Ermm, tak payahlah temankan Putri pergi MPH. Putri boleh pergi sendiri. Pasal nak balik pula, Hakim tak payah risaulah. Pandailah Putri nanti." Putri terus berlalu tanpa menghiraukan reaksi Hakim terlebih dahulu. Terbalas sakit hatinya.
Putri terus menuju ke rak buku dan membelek-belek buku yang ada di situ. MPH sungguh luas dan dipenuhi dengan pelbagai sumber rujukan memudahkan lagi Putri memilih buku yang sesuai dengan kursusnya. Mata Putri terpaku pada sebuah buku yang terletak di rak bahagian atas yang tak mampu dicapainya. Namun Putri terus berusaha hendak mengambil buku itu. Tanpa disedari, perlakuan Putri diperhatikan oleh seseorang.
"May I help you?" sapa seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
"Thank you. I want a book in blue color, but I can't take it."
"You mean this book?" Lelaki itu menunjukkan buku yang berada di tangannya.
Putri mengangguk. Sambil lelaki itu mengambil buku yang Putri maksudkan.
"I'm Alex."
"Putri Atiqah," jawab Putri ringkas lalu menyambut buku yang dihulurkan.
"Awak student lagi ke?"
'Oh, orang Malaysia rupanya. Aku ingat foreigner mana tadi,'desis hati kecilnya. Putri hanya mengangguk.
"Study mana?"
"UM."
"Saya pun student UM juga. Awak fakulti mana?"
'Banyak soal pula mamat ni. Aku dah lambat ni. Sudahlah aku tak tahu nak balik naik pe. Hakim pun satu, nak marah pun janganlah over sangat. Aku pun tengah angin tak berapa nak betul ni.'
"Hello," tegur Alex sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Putri yang kelihatan seperti mengelamun.
"Ops, sorry! Awak tanya apa tadi?"
"Awak mengelamun ek? Saya tanya awak fakulti apa?"
"Oh, saya ambil business admin. Awak?"
"Medic."
"Really? Though course right? But, kenapa awak ambil buku International & Corporate Finance?" soal Putri kehairanan.
"My sister ask me to buy it. She need the book."
"Owh.. Alex."
"Yap."
"I think I should go now and thanks for your help."
"It's okay. Nice to meet you. See you again."
Setelah selesai membuat pembayaran, Putri bergegas ke tempat menunggu teksi. Inilah sejarah dalam hidupnya naik kenderaan awam bersendirian. Panas hatinya pada Hakim bertambah-tambah. Kalau dia tahu itu yang akan berlaku, pasti pelawaan Hakim untuk menjemputnya pagi tadi ditolak awal-awal.
Setibanya di rumah, Putri terus merebahkan diri di atas sofa. Entah mengapa, air mata yang di tahan sejak tadi melimpah jua. Esakannya kedengaran sayu sekali. Jarang sekali melihat gadis ini menangis, mungkin beban yang ditanggungnya terlalu berat sampaikan dia teresak sebegitu rupa.
"Putri, engkau ni kenapa?"soal Nurul.
"Takde apa-apalah," ringkas jawapannya sambil menyeka air mata yang semakin laju membasahi pipinya.
"Menangislah Putri, supaya beban yang engkau hadapi itu hilang bersama tangisan engkau tu."
Nurul berlalu pergi meninggalkan Putri keseorangan. Dia kasihan melihat Nurul, tetapi terpaksa menahan perasaan simpati kerana segala-galanya telah dirancang. Hakikatnya dia tidak sanggup melihat Putri berendam air mata. Tanpa disedari, air matanya turut mengalir di pipi.
Putri hairan melihat perubahan pada Nurul. Sekarang dia betul-betul berasa kesunyian. Entah kenapa sejak belakangan ini, Nurul jarang berbual dengannya.
'Apa salah aku? Kenapa Nurul berubah dalam sekelip mata? Kenapa Hakim langsung tak kisah pada aku lepas insiden hari tu? Apa semua ini? Sketsa apa yang mereka cuba persembahkan ni?'
"Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam Tiqah. Kau demam ke?"
"Tak. Aku sihat. Selesema sikit je. Adik apa khabar?"
"Sihat."
"Adik, adik nak datang sini tak? Aku keseorangan dekat sini. Adik datanglah," pinta Putri dalam keesakan yang tak dapat disembunyikan lagi.
"Kau kenapa ni Tiqah? Nurul mana? Aku tau, Hakim buat hal lagi ek?" Afiqah menegejek Putri.
"Tak. Tak ada kena-mengena dengan Hakim. Aku betul-betul perlukan engkau. Datanglah sini. Please.. Kau tak kesian kakak engkau ke?" Tangisan Putri semakin menjadi-jadi di hujung talian.
"Aku lemahlah kalau dengar kau menangis ni Tiqah. Sekejap lagi aku bagitau ayah and nanti aku inform aku naik flight bila. Sudah-sudahlah menangis tu. Dah tua bangka pun perangai macam budak-budak.Come on sis, don't be so childish."
"Engkau tak faham adik. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau akan rasa, rasa yang menyeksa. Aku tunggu kau Fiqah." Putri terus mematikan talian. Dia terlena dalam esakan.
Perangai Putri memang jauh bebrbeza berbanding adiknya, Putri Afiqah yang lebih tegas dan kasar dalam perwatakannya. Kalau hitam katanya, maka hitamlah. Tidak ada sesiapa yang boleh membantah waima ibu dan ayah mereka.
Bunyi loceng jam serentak dengan laungan azan Subuh membangkitkan Putri dari terus dibuai mimpi. Putri terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya sebelum menunaikan solat Subuh.
Usai menunaikan solat, Putri menggapai handphonenya.
Message:Putri Afiqah
'aku naik flight 1 nov. pukul 8 mlm. kalau nak pesan apa2, bagitau awl2, nnt sng ibu dan Kak Norlin cari. C U D a-port..hehe. jgn nagis dah. Baby Iman pun x congek mcm kau. =p'
'aku nak kek lapis je. yg lain aku tak kisah. nnti pandai2 kak norlin dan ibu la nak blikan."
'Nasib baik hari ni takde kelas. Mata aku dah bengkak ni. Menghitung hari adik kesayangan aku nak datang. I miss my family.'
1 November....
"Nurul." Panggilan Putri dibiarkan tanpa sahutan, hanya kepalanya berpaling memandang Putri.
"Malam ni aku balik lambat," Putri memulakan bicara walaupun Nurul melayannya dingin. Kehadiran Afiqah perlu dimaklumkan memandangkan Nurul housematenya walaupun condominium itu milik Putri, hadiah ulang tahunnya dari ayahnya.
"Kenapa? Kau nak pergi mana?"
"Aku nak jemput Afiqah dekat LCCT. Dia datang sini." Permulaan yang baik, Nurul berbicara dengannya.
"Okaylah kalau macam tu. Kau pergi dengan Hakim ke?"
"Nope. Alone. Hurm, aku dah lambat ni. Aku nak pergi fakulti. Hantar assignment."
'Putri pergi jmput adik dia dkat lcct mlm ni. kesian pula aku tngok dia. kau upahlah mana2 member kau ekori dia. tkut apa2 trjadi on d way nnt.' Send...
Suratan Menentukan Segalanya_SMS 1
"Apahal dengan kau ni Putri? Tak boleh ke nak tutup elok-elok sikit pintu tu? Nak mengamuk aje kerja engkau ni ek."
Putri terus berlalu ke biliknya tanpa menghiraukan Nurul. Hari itu sangat menyakitkan hati Putri. Assignment yang melambak, group members yang sangat 'bekerjasama', tak terkecuali masalahnya dengan Hakim, membuatkan Putri tidak betah lagi berada di alam universiti.
'Orang masuk universiti, aku nak masuk jugak. Orang bercinta, aku nak bercinta jugak. Eh, cut-cut! Mana ada aku nak bercinta. Lamaran Hakim dulu pun aku terima setelah sekian lama aku berfikir.. Cinta-cinta aku taklah desperate sangat. Masuk UM ni atas kehendak dan keinginan aku juga. So, tak boleh nak salahkan sesiapa. UM is one.. Aaaarrrggghhhhh!! Semua ini hanya cabaran yang kau perlu hadapi untuk kejayaan yang aku impikan selama ini. Group member aku ni tak nampak aku bertanduk lagi. Kalau aku dah bertanduk karang, tau pulak nak takut. Pemalas! Boleh blah la korang. Ingat aku kisah sangat ke? Lantak koranglah nak bagi komitmen ke tak. Yang penting assignment part aku, aku bereskan. Eh, aku tak zohor lagi ni!' Putri bermonolog sendirian melepaskan geramnya.
Usai solat, Putri turun ke tingkat bawah berjumpa dengan Nurul.
"Nurul, kau pergi mana-mana tak petang ni?"
Soalan Putri hanya dibalas dengan gelengan.
"Hantar aku pergi LCCT. Aku nak baliklah. Aku rimas betul dah kat sini," itulah ayat lazim yang akan keluar dari mulut Putri bila dilanda masalah. Nurul sudah lali dengan permintaan Putri.
Kampung halaman yang jauh di Bumi Kenyalang menyebabkan Putri jarang pulang. Hidup sendirian di ibu kota banyak mengajarnya erti kehidupan. Anak ketujuh dari lapan beradik ini hakikatnya sangat manja. Keperluan dan kehendaknya sentiasa dipenuhi. Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan diwarisi dari ayahnya yang terlibat dengan perniagaan minyak kelapa sawit dan pembalakan. Dari usia dua tahun, Putri sudah dibawa ayahnya ke kem pembalakan di mana kakak sulongnya, Norlin menjadi 'ibu' sementara untuk menjaganya. Dari kecil, memang Putri selalu berjauhan dengan ibunya dan rapat dengan ayah dan Norlin menyebabkan hubungan Putri dengan ibunya tidak berapa rapat. Sungguhpun begitu, dalam apa-apahal urusan rasmi, ibunyalah orang pertama yang akan diusungnya.
"Kau ni kenapa Putri? Ada masalah dengan group member ke? Ke masalah dengan Hakim?" Nurul cuba meneka masalah yang Putri hadapi.
"Kau tau tak..."
"Tak," pintas Nurul sebelum sempat Putri menghabiskan ayatnya.
"Aku nak bagitahulah ni.. Issh! Tadi aku punyalah semangat pergi fakulti sebab semalam janji dengan budak-budak group aku hari ni ada discussion. Aku duduk dekat bilik mentelaah tu empat jam tau tak? Empat jam. Seekor pun tak datang. Sakitnya hati aku. Dahlah aku call tak jawab, aku SMS pun tak reply, ingat aku ni takde kerja lain ke nak buat. Esok nak hantar assignment, hari ni baru terhegeh-hegeh nak cari bahan, baik tak payah. Dapat carry marks rendah tau nak mengamuk. Aku tak faham betullah."
"Sabarlah.. Engkau tu baik sangat sampaikan orang boleh buat engkau sesuka hati macam tu. Cuba ganas sikit, macam aku. Tengok, mana ada orang berani buli aku."
"Kau cakap senanglah.. Aku bab nak bertekak dengan orang ni lemah sikit, kecuali kalau angin marah aku tu dah melampaui batas. Masa tu nanti aku tak jadi Putri dah. Aku bertukar menjadi serigala." Ketawa Putri dan Nurul membelah keheningan ruang tamu rumah pada petang itu.
"Assignment engkau tu, kau janganlah risau sangat. Aku tolong engkau. Rasanya aku ada simpan lagi softcopy Ethical in Business semester lepas punya."
"Thank you Nurul. Ni yang aku sayang lebih ni."
"Eleh, mengadalah engkau."
Nurul sangat mengagumi Putri. Walaupun anak orang berada, tapi langsung tidak riak dan menunjuk-nunjuk seperti anak berada yang lain. Putri sangat berahsia akan latar belakang kehidupannya. Nurul bersyukur dapat mengenali Putri, anak orang berada yang tidak sombong dan sentiasa bermurah hati menolong orang lain yang dalam kesusahan. Mereka bersahabat dari tahun pertama masuk UM sejak berlakunya insiden yang tidak disengajakan,
'Aduh!'
'Awak tak apa-apa ke? Maaf, saya tak sengaja langgar awak tadi. Saya betul-betul tak sengaja.'
'Takpe-takpe. Saya okay je,' Putri melemparkan senyuman pada orang yang melanggarnya tadi.
'Awak fakulti mana?'
'Business,' jawab Putri ringkas.
'Eh, samalah! Saya pun Business juga.'
'Iye? kalau macam tu kita pergi sama-sama ek.'
Di situlah bermulanya perkenalan antara mereka.
"Eh, mak engkau terbang!" Nurul melatah.
Merah muka Putri mentertawakan Nurul melatah.
"Itulah, berangan lagi. Aku panggil banyak kali pun tak dengar ek."
Dalam diam juga sebenarnya Putri teramat menghargai pershabatannya dengan Nurul. Nurul tidak pernah mengambil kesempatan walau sebesar zarah pun padanya. Baginya, Nurul adalah sebaik-baik sahabat yang dia ada selain dari Aliza. Aliza juga sahabatnya sejak dari bangku sekolah lagi, tetapi Aliza tidak berpeluang yntuk melanjutkan pelajarannya di menara gading. Riak dan sombong memang tidak tersenarai dalam kamus hidupnya. Ayahnya paling membenci orang yang sombong. Mungkin itu yang mendorong Putri menjadi seorang Putri yang baik.
"Nurul, kau nak ikut aku tak malam ni?"
"Pergi mana?"
"Dinner dengan Hakim. Tapi sebelum tu nak tengok teater dekat Istana Budaya dulu sebab member dia Sheeqin berlakon."
"Takpelah. Aku kirim boleh? Belilah apa-apa yang sedap. Aku nak menyambung penulisan aku." Jawab Nurul sambil menunjukkan notebook yang terpampang blognya.