Monday, April 20, 2009

Suratan Menentukan Segalanya_SMS 1

Kedebuk!!!!!!!!!!!!!!

"Apahal dengan kau ni Putri? Tak boleh ke nak tutup elok-elok sikit pintu tu? Nak mengamuk aje kerja engkau ni ek."

Putri terus berlalu ke biliknya tanpa menghiraukan Nurul. Hari itu sangat menyakitkan hati Putri. Assignment yang melambak, group members yang sangat 'bekerjasama', tak terkecuali masalahnya dengan Hakim, membuatkan Putri tidak betah lagi berada di alam universiti.

'Orang masuk universiti, aku nak masuk jugak. Orang bercinta, aku nak bercinta jugak. Eh, cut-cut! Mana ada aku nak bercinta. Lamaran Hakim dulu pun aku terima setelah sekian lama aku berfikir.. Cinta-cinta aku taklah desperate sangat. Masuk UM ni atas kehendak dan keinginan aku juga. So, tak boleh nak salahkan sesiapa. UM is one.. Aaaarrrggghhhhh!! Semua ini hanya cabaran yang kau perlu hadapi untuk kejayaan yang aku impikan selama ini. Group member aku ni tak nampak aku bertanduk lagi. Kalau aku dah bertanduk karang, tau pulak nak takut. Pemalas! Boleh blah la korang. Ingat aku kisah sangat ke? Lantak koranglah nak bagi komitmen ke tak. Yang penting assignment part aku, aku bereskan. Eh, aku tak zohor lagi ni!' Putri bermonolog sendirian melepaskan geramnya.

Usai solat, Putri turun ke tingkat bawah berjumpa dengan Nurul.

"Nurul, kau pergi mana-mana tak petang ni?"

Soalan Putri hanya dibalas dengan gelengan.

"Hantar aku pergi LCCT. Aku nak baliklah. Aku rimas betul dah kat sini," itulah ayat lazim yang akan keluar dari mulut Putri bila dilanda masalah. Nurul sudah lali dengan permintaan Putri.

Kampung halaman yang jauh di Bumi Kenyalang menyebabkan Putri jarang pulang. Hidup sendirian di ibu kota banyak mengajarnya erti kehidupan. Anak ketujuh dari lapan beradik ini hakikatnya sangat manja. Keperluan dan kehendaknya sentiasa dipenuhi. Minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan diwarisi dari ayahnya yang terlibat dengan perniagaan minyak kelapa sawit dan pembalakan. Dari usia dua tahun, Putri sudah dibawa ayahnya ke kem pembalakan di mana kakak sulongnya, Norlin menjadi 'ibu' sementara untuk menjaganya. Dari kecil, memang Putri selalu berjauhan dengan ibunya dan rapat dengan ayah dan Norlin menyebabkan hubungan Putri dengan ibunya tidak berapa rapat. Sungguhpun begitu, dalam apa-apahal urusan rasmi, ibunyalah orang pertama yang akan diusungnya.

"Kau ni kenapa Putri? Ada masalah dengan group member ke? Ke masalah dengan Hakim?" Nurul cuba meneka masalah yang Putri hadapi.

"Kau tau tak..."

"Tak," pintas Nurul sebelum sempat Putri menghabiskan ayatnya.

"Aku nak bagitahulah ni.. Issh! Tadi aku punyalah semangat pergi fakulti sebab semalam janji dengan budak-budak group aku hari ni ada discussion. Aku duduk dekat bilik mentelaah tu empat jam tau tak? Empat jam. Seekor pun tak datang. Sakitnya hati aku. Dahlah aku call tak jawab, aku SMS pun tak reply, ingat aku ni takde kerja lain ke nak buat. Esok nak hantar assignment, hari ni baru terhegeh-hegeh nak cari bahan, baik tak payah. Dapat carry marks rendah tau nak mengamuk. Aku tak faham betullah."

"Sabarlah.. Engkau tu baik sangat sampaikan orang boleh buat engkau sesuka hati macam tu. Cuba ganas sikit, macam aku. Tengok, mana ada orang berani buli aku."

"Kau cakap senanglah.. Aku bab nak bertekak dengan orang ni lemah sikit, kecuali kalau angin marah aku tu dah melampaui batas. Masa tu nanti aku tak jadi Putri dah. Aku bertukar menjadi serigala." Ketawa Putri dan Nurul membelah keheningan ruang tamu rumah pada petang itu.

"Assignment engkau tu, kau janganlah risau sangat. Aku tolong engkau. Rasanya aku ada simpan lagi softcopy Ethical in Business semester lepas punya."

"Thank you Nurul. Ni yang aku sayang lebih ni."

"Eleh, mengadalah engkau."

Nurul sangat mengagumi Putri. Walaupun anak orang berada, tapi langsung tidak riak dan menunjuk-nunjuk seperti anak berada yang lain. Putri sangat berahsia akan latar belakang kehidupannya. Nurul bersyukur dapat mengenali Putri, anak orang berada yang tidak sombong dan sentiasa bermurah hati menolong orang lain yang dalam kesusahan. Mereka bersahabat dari tahun pertama masuk UM sejak berlakunya insiden yang tidak disengajakan,

'Aduh!'
'Awak tak apa-apa ke? Maaf, saya tak sengaja langgar awak tadi. Saya betul-betul tak sengaja.'
'Takpe-takpe. Saya okay je,' Putri melemparkan senyuman pada orang yang melanggarnya tadi.
'Awak fakulti mana?'
'Business,' jawab Putri ringkas.
'Eh, samalah! Saya pun Business juga.'
'Iye? kalau macam tu kita pergi sama-sama ek.'

Di situlah bermulanya perkenalan antara mereka.

"Eh, mak engkau terbang!" Nurul melatah.

Merah muka Putri mentertawakan Nurul melatah.

"Itulah, berangan lagi. Aku panggil banyak kali pun tak dengar ek."

Dalam diam juga sebenarnya Putri teramat menghargai pershabatannya dengan Nurul. Nurul tidak pernah mengambil kesempatan walau sebesar zarah pun padanya. Baginya, Nurul adalah sebaik-baik sahabat yang dia ada selain dari Aliza. Aliza juga sahabatnya sejak dari bangku sekolah lagi, tetapi Aliza tidak berpeluang yntuk melanjutkan pelajarannya di menara gading. Riak dan sombong memang tidak tersenarai dalam kamus hidupnya. Ayahnya paling membenci orang yang sombong. Mungkin itu yang mendorong Putri menjadi seorang Putri yang baik.

"Nurul, kau nak ikut aku tak malam ni?"

"Pergi mana?"

"Dinner dengan Hakim. Tapi sebelum tu nak tengok teater dekat Istana Budaya dulu sebab member dia Sheeqin berlakon."

"Takpelah. Aku kirim boleh? Belilah apa-apa yang sedap. Aku nak menyambung penulisan aku." Jawab Nurul sambil menunjukkan notebook yang terpampang blognya.

2 comments:

  1. aii putri...
    conratulation coz bjaya bt dis story....
    bez la cite ni...
    tp cm reality je...
    hhuuhhuhuu.....
    anyway...
    continue in ur karya k...
    huuhuhuhuu

    ReplyDelete
  2. dari realiti akan wujudlah fantasi..
    it's gonna be continue later..

    ReplyDelete

Powered By Blogger