Friday, May 8, 2009

Suratan Menentukan Segalanya-SMS 7

"Hakim, baliklah cepat. Putri rindu Hakim."


"Kenapa ni sayang?"
Ungkapan sayang itu membuatkan air mata Putri semakin deras mengalir di pipi. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini rindunya pada Hakim semakin sarat bagai tak tertanggung lagi. Mungkin kerana sakit atau mungkin kerana memang perlukan Hakim di sisi?


"Putri rindu Hakim.."


Ungkapan itu sahaja yang mampu Putri lafazkan ketika itu. Selebihnya hanya kedengaran bunyi tangisan yang sungguh menyentuh sanubari Hakim. Seribu persoalan berlegar di ruang fikiran. Setelah sekian lama Putri tidak bersikap sebegitu. Dulu sewaktu awal perkenalan tidak dinafikan kemanjaan yang ada pada gadis itu, tetapi semakin lama semakin hilang sifat semulajadinya tetapi lebih kepada kemurungan. Aneh! Lama mereka senyap tanpa kata. Fikiran Hakim entah ke mana memikirkan tunangnya. Putri pula memendam keperitan hidup yang dialami.


"Putri Hakim..."


Senyap.. Esakan terus kedengaran.


"Sayang.. Hakim balik hujung minggu ni. Lepas tu nanti kita uruskan pernikahan kita ye. Jangan nangis dah. Janji pada Hakim, tak nak nangis-nangis dah. Kalau nangis lagi maknanya Putri tak sayang Hakim,"pujuk Hakim pada tunang tersayang.


"Hakim balik cepat eh. Putri tunggu."

"Ye sayang... Sayang Hakim ni rehatlah kalau tak sihat."

***************

Putri berjumpa dengan Dr. Heynna atas urusan penting yang Putri sendiri tidak pasti perkaranya.

"Tujuan saya panggil awak ke sini kerana nak informkan yang saya tak dapat nak teruskan perkhidmatan saya dalam menjalankan rawatan kepada awak."

"Kenapa doktor? Doktor dah tak sudi merawat saya lagi ke? Penyakit saya membebankan doktor ke?"

"Tak. Bukan begitu maksud saya Putri Atiqah. Saya ditugaskan untuk berkhidmat di luar negara. Awak jangan bimbang, saya dah cari doktor yang terbaik untuk menggantikan tempat saya bagi meneruskan treatment ke atas Putri."

"Siapa?"

"Doktor Alex."

"Doktor akan serahkan segalanya pada dia?"

"Awak jangan risau. Saya akan sentiasa memantau perkembangan Putri melalui Alex nanti. Ha, panjang umur doktor. Ini kenalkan Putri Atiqah, patient yang you kena handle and Putri, ini Dr. Alex."

"Alex? Do you?"

"Yar. The person in MPH right?"

"Kenal ke?"celah Dr. Heynna.

"A'aa. dulu saya pernah jumpa dia dekat MPH. Masa zaman universiti dulu."

"Owh, kalau macam tu senanglah. Dah kenal antara satu sama lain so I put all my trust for you, Alex."


"Okay. I'll try my best."

"Thanks."

Petang itu Putri pergi ke Tasik Titiwangsa ditemani dengan rindu yang sarat pada Hakim. Sakitnya semakin hari terasa semakin memakan dirinya. Namun dia redha atas apa yang berlaku. Segalanya telah tersurat sejak azali lagi. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Putri termenung jauh mengimbas saat bersama Hakim semasa di universiti dulu.

''Cantik rambut orang tu kan Putri.''


''Lagi cantik kalau dijaga''

''Maksud Putri?"


''Lagi cantik seandainya dia simpan hanya untuk suami dan muhrimnya saja. Pakai tudung. Kan itu lebih baik."

"Betul, betul, betul... Mesti Putri cantik lagikan? Tak sabar nak tengok."

"Tunggu kahwinlah."

Lamunannya terhenti bila seorang budak kecil berlari ke arahnya.

"Maaf dik, Raisya ni memang nakal,"ujar si ibu.

"Eh, takde apalah kak. Budak-budak memang macam tu."

"Adik sorang ke?"

"A'aa"

"Dari pandangan akak, adik ni macam ada masalah berat je. Akak perhatikan adik dari tadi dah sebenarnya. Maaf seandainya tekaan akak silap."

"Takde la kak. Masalah tempat kerja je. Eh, lupa pula. Saya Putri Atiqah. Akak?"

"Siti Salima."

"Akak selalu datang sini?"

"Selalu juga. Teman Raisya ni. Dia ni kalau tak keluar sehari memang bising. Mak dia manjakan sangat dulu, macam tu la jadinya."

"Mak? Raisya bukan anak akak ke?"

"Anak akak. Tapi dulu adik akak yang jaga. Dia suruh Raisya ni panggil dia mak."

"Mana dia sekarang kak?"

"Dia meninggal lima bulan yang lepas. Leukemia." Air mata Siti Salima gugur tiba-tiba. Mengingatkan adiknya yang telah pergi selama-lamanya. Al-Fatihah terus disedekahkan kepada adik kesayangannya.

"Maaf kak. Akak bersabar ye. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."seraya itu degupan jantung Putri berdegup kencang. Entah mengapa, dia sendiri pun tidak pasti. Adakah kerana penyakit yang dihidapinya sama dengan adik Siti Salmah. Dia buntu namun dihadapi dengan tenang.

"Doktor jangkakan arwah boleh bertahan dalam dua tahun lagi. Tapi segalanya kuasa Allah, arwah memanjangkan umurnya. Dia mampu bertahan selama empat tahun dari jangkaan yang doktor buat. Sebab itu kot arwah senang menyuruh Raisya memanggilnya dengan panggilan mak. Suami dia telah meninggalkan arwah sehari selepas hari pernikahan mereka. Waktu itu, arwah memang tidak secantik dulu tambahan lagi rambutnya yang ikal mayang itu telah luruh sehinggakan tiada seurat rambut pun lagi di kepalanya. Suaminya memberi alasan dia tidak sanggup mendampingi seorang isteri yang berpenyakit. Tapi arwah redha ke atas segalanya." tangisannya kian reda.

"Sabar ye kak. Kita sama-sama doakan agar arwah berada bersama orang-orang yang beriman di sana. Amin."

"Dah lewat ni Putri. Jomlah kita balik. Seandainya ada rezeki, kita berjumpa lagi."

"Akak,"

"Ye?"

"Akak sudi menjadi kakak angkat saya?"soal Putri tanpa teragak-agak sedangkan perkenalan itu terlalu baru.

Siti Salima mengangguk. "Akak sudi Putri. Lebih-lebih lagi Putri memang seiraas dengan arwah. Akak pergi dulu ya. Ni kad akak. Kalau Putri sudi, contactlah akak."

Putri menyambut kad yang dihulurkan. Langkah Siti Salima hanya ditemani dengan pandangan kosong. Sekosong jiwanya ketika itu.


'Wedding Planner? Bolehlah aku guna perkhidmatan akak ni untuk perkahwinan aku nanti. Kahwin? Akankah aku ditinggalkan seperti adik kak Siti? Tergamakkah Hakim memperlakukan aku sebegitu? Seandainya Hakim tahu apa yang berada di sebalik tudung aku ni, akankah dia terus menyayangi aku?'


Azan maghrib yang berkumandang mematikan lamunan Putri. Putri terus berlalu menuju ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Setibanya di rumah kelihatan Nurul sedang asyik menonton rancangan kegemarannya. Asyik sekali.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Mana Afiqah? Tak balik sekali ke?"

"Dia outstation dengan Hani tadi. Kau dah solat?"

"Aku off-day." Jawab Nurul sambil tergelak kuat.

"Okeylah. Aku nak mandi and buat apa-apa yang patut."

"Alright."

Lama Putri berteleku di tikar sejadah. Panjang doanya malam itu. Lebih panjang dari hari-hari biasa. Sementara menunggu Isyak, Putri membaca ayat suci Al-quran. Itulah yang lazim diamalkannya dari dulu lagi. Cuma alunan bacaannya lebih elok bebanding dulu. Tidak lama kemudiannya, azan Isyak berkumandang menyeru umat Islam menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Usai solat, Putri mengambil semula Al-qurannya lalu menyelak lampiran surah yaasin.


Setelah selesai segalanya, Putri melangkah ke almari solek. Duduk seketika merenung diri yang semakin susut. Sikat yang menjadi 'penghias' almari soleknya itu diambil perlahan-lahan. Lama direnungnya sikat itu. Tiada lagi rambutnya yang dulu sering dijaga rapi untuk disikat. Tiada lagi. Yang ada hanya kulit kepala yang membaluti tempurung kepalanya. Matanya mula berkaca dan setitis demi setitis air matanya berguguran di pipi. Sebak di dada tak tertahan lagi. Bagai mahu meletup rasanya jika ditahan.


'Menangislah Putri. Menangislah seandainya tangisan itu mampu meringankan beban di hatimu.' Bagai terngiang-ngiang kata-kata Nurul padanya suatu ketika dahulu.


Putri melangkah ke katilnya lalu mengenakan skaf supaya kepalanya terlindung. Terlindung dari pengetahuan Nurul dan Afiqah yang kadang-kadang suka menerjah bilik tidurnya. Air matanya semakin menjadi-jadi seolah-olah enggan berhenti. Akhirnya Putri terlena jua dengan sendu yang masih berbekas.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger