Monday, May 4, 2009

Suratan Menentukan Segalanya_SMS 4


"Hakim. Jangan nak mengarutlah. Saya tak bersedia lagi. Saya study lagikan.."


"Ala.. Apa masalahnya. Bukan ke tinggal semester ni je ke lagi?"

Semenjak dari hari itu, Putri langsung tidak berselera untuk makan dan sentiasa mengelak untuk berjumpa dengan Hakim. Putri turut diserang demam panas sampaikan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Putri turut kerap batuk berdarah serta pengsan.



Minggu depan final exam dah start. aku kena score untuk final ni.



"Adik, tolong buatkan aku air."



"Kau nak air apa?"


"Neslo panas gelas besar kurang manis,"jawab Putri dengan ditemani gelaknya melihat muka masam Afiqah.

Sambil menunggu adiknya membuat air, Putri meneruskan ulangkajinya. Dia risau gagal paper finance kerana subject itu memang killer paper baginya.
"Nah.."

"Thank you. Sayang adik.."
"Yelah tu.. Putri,"
"Ye.. Apa?"
"Kenapa kau tak terima je lamaran abang Hakim tu? Ada juga orang nak jaga engkau. Tengok-tengokkan kau. Aku rasa ibu and ayah approve punya. Kau kan anak kesayangan ayah mestilah ayah akan izinkan."

"Aku takutlah dik. Aku nak fokus dekat study aku. Nanti kalau aku terima, aku tak tahu nak separate tanggungjawab aku. Kau bukan tak tahu aku ni macam manakan?"

"Alah.. Kau tak cuba lagi mana kau tau."

"Kau ingat boleh main cuba-cuba ke dik oi... Dahlah, aku nak study ni. Dah habis paper nanti kita discuss lagi."

"Abang Hakim ada contact engkau tak?"

"Ada, tapi aku bagitau dia buat masa ni jangan ganggu aku sebab aku nak study."

Akhirnya, final exam yang sangat membebankan kepala otak dah pun berakhir. Petang itu Putri ada temujanji dengan Dr. Heynna tentang ujian darah yang diambilnya tempoh hari.

'Kenapa batuk aku berdarah ni? Semenjak dua menjak ni aku asyik nak pitam je. Perut ni pula asyik nak meragam aje. Setahu aku, aku tak gastrik. Tapi kenapa perut aku sakit sangat? Baik aku pergi check la. Hope takde apa.'


"Have a sit Putri," pelawa Dr. Heynna lembut.

"Thank you."

"This is your results for the blood test. Putri..."

Dr. Heynna diam seketika sambil merenung wajah Putri. Putri menunggu penjelasan Dr. Heynna dengan wajah yang tenang walaupun pada hakikatnya putri sangat risau.

"Awak mengidap penyakit leukimia,"ujar Dr. Heynna dengan suara yang agak rendah lalu bangun dan cuba menenangkan Putri yang keesakan. Memang itulah respons pesakit bila tahu dirinya diserang penyakit lebih-lebih lagi barah. Bukan semudah itu seseorang itu dapat menerima hakikat yang menimpa dirinya.


Bagaikan gelap rasa dunia ketika mendengar apa yang Dr. Heynna katakan. Tidak.. Aku tidak mampu untuk menanggung penderitaan..


"Teruk ke sakit saya ni doktor?"


"Masih di peringkat awal lagi dan mulai dari hari ini, saya akan mulakan treatment untuk Putri supaya sel-sel barah ini tidak merebak. Saya harap Putri dapat memberi kerjasama dan bersabarlah. Berdoa banyak-banyak supaya disembuhkan segera."

Setelah empat tahun menuntut, hari itu merupakan hari terkhirnya di UM. Pesta konvo sedang berlangsung di mana-mana pelajar-pelajar akan menerima ijazah masing-masing. Petang itu memang hilang segala mood Putri untuk bergembira bersama keluarganya, Nurul dan Hakim yang meraikan kejayaannya yang telah menamatkan pengajiannya selama empat tahun. Tiada siap yang mengetahui barah dalam badan Putri semakin merebak walaupun Putri sering membuat rawatan seperti yang dijadualkan. Ibu dan ayahnya turut tidak mengetahui penderitaan yang dialaminya.

"Ayah tengok Tiqah ni dah kurus. Macam tak sihat je. Kenapa ni sayang ayah?"
"Tak ada apa-apa ayah. Tiqah sihat je. Tiqahkan on diet,"ujar Putri menyembunyikan segala kesakitan yang dialaminya.

"Ayah, Tiqah ingat nak kerja kat tempat ayah jelah. Boleh tak ayah?"
"Boleh, apa salahnya. Lagilah ayah suka. Taklah ayah risaukan anak ayah ni jauh-jauh dari ayah. Tapi, ayah ingat ayah nak hire Hakim juga supaya kerja di syarikat kita tu."

"Kenapa? Perlu ke?"

"Tiqah..."

Diam seketika.

"...Ayah rasa sudah tiba masanya ayah melihat anak ayah ni duduk di jinjang pelamin menjadi permaisuri raja sehari."


"No ayah. Tiqah tak sedia lagi untuk semua tu. Tiqah nak bahagia ibu dan ayah. Tiqah dah janji dengan kak Norlin yang Tiqah nak bahagiakan dia dengan anak-anaknya. Tiqah tak puas lagi bermanja dengan Fiqah, nak gila-gila dengan dia. Tiqah tak nak ayah," esakan sudah mula menyelubungi ruang tamu condo Putri. Haji Aiman menghampiri Putri lalu memeluk anaknya. Memang itu yang selalu diperlakukannya pada Putri bila anaknya itu menangis.


"Kenapa ni sayang? Hakim bukan pilihan Tiqah ke? Tak sayang Hakim ke? Ayah tengok, bagus je budak Hakim tu. Cuba bagitahu ayah apa yang tak kena ni?"


"Tak.. Hakim baik, tapi Tiqah tak bersedia lagi menjadi seorang isteri yah. Tiqah nak bahagiakan keluarga kita dulu."


"Ayah lagi bahagia kalau Tiqah setuju permintaan ayah tadi. Masa ayah dan ibu keluar dengan Hakim tadi, Hakim dah bagitahu ayah hasratnya untuk memperisterikan Tiqah."


Sewaktu di restoran petang itu.....


"Pakcik, makcik, saya memang betul-betul nak jadikan Putri tu lebih dari seorang sahabat. Saya nak mengahwini dia. Saya nak meniti hari-hari saya ditemani dengan Putri."


"Pakcik dengan makcik tak kisah pilihan anak-anak ni. Lagipun kita nak membina masjid, bukankah itu perkara yang elok dalam agama kita."


"Sebenarnya saya dah bagitahu Putri tentang hal ni, tapi tolak permintaan saya atas alasan dia masih study. Tapi sekarang memandangkan dia tidak bergelar pelajar lagi, saya taknak tangguhkan perkara yang baik ni. Tapi kalau Putri taknak juga, saya pun tak paksa. Saya janji pada pakcik dan makcik yang saya akan setia menunggu Putri."


"Ayah, Tiqah minta maaf tinggikan suara tadi. Tiqah tak berniat. Tiqah memang tidak bersedia lagi nak menjadi seorang isteri ayah."


Sebenarnya bukan kenyataan itu yang Putri geruni. Putri takut akan penyakit yang dihadapinya tidak memberi jaminan hidup lama dan sekaligus akan membantutkan tugas sehariannya. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang mengetahui hari-hari yang dilaluinya sungguh perit sekali. Putri sangat menyayangi Hakim tetapi dia tidak sanggup untuk melukakan Hakim.
**********************************

'Darah lagi? Ya Allah, sembuhkanlah aku dari penyakit yang sangat perit ini. Ampunilah segala dosa hambamu ini ya Allah.'

Pagi itu penerbangan ke Sarawak terpaksa ditangguhkan ekoran masalah cuaca. Putri terpaksa berulang-alik dari Sarawak ke KL setelah ayahnya membesarkan empayar perniagaannya. Putri diamanahkan untuk menguruskan anak syarikat ayahnya di Damansara.

Pulangnya Putri ke Sarawak pada hari itu sungguhnya tidak keseorangan. Putri pulang berteman.


Akhirnya, lamaran Hakim diterima. Putri bersetuju untuk bertunang dengan Hakim. segala persiapan telah pun diuruskan oleh ibunya dan kak Norlin. Fiqah asyik teresak-esak bila mengetahui kakaknya akan bertunang kerana dia tahu dia akan kehilangan teman rapat. Fiqah bertekad sepanjang tempoh pertunangan Putri, dia akan tinggal serumah dan membantu Putri menguruskan perniagaan ayahnya di Damasara. Masa bujang kakaknya akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Hakim sangat gembira bila Putri menerima lamarannya. Putri adalah gadis pertama yang bertakhta dalam jiwanya dan tidak pernah sedetikpun hatinya mahu mengkhianati gadis itu. Hakim tidak mahu tempoh pertunangan mereka terlalu lama. Hakim sempat menghubungi Haji Aiman supaya memaklumkan tempoh pertunangan mereka hanya tiga bulan. Hakim tidak mahu pelbagai masalah yang menimpa hubungan mereka kerana apa yang dia perasan tentang perubahan Putri belakangan itu ialah menjadi seorang yang keras kepala dan pendiam walhal sebelum itu, Putri sangat periang orangnya.

Resah di hati Putri hanya Allah yang tahu. Dia menerima lamaran Hakim kerana teruja dengan sifat sabarnya sungguhpun dalam masa yang sama Putri risau seandainya jinjang pelamin yang mereka angankan tidak kesampaian dek kerana penyakitnya itu semakin teruk. Tetapi, jauh di sudut hatinya berjanji akan memberitahu keperitan yang ditanggungnya sebaiknya dia bergelar isteri yang sah pada Hakim kelak.

Haji Aiman turut gembira dengan keputusan Putri. Akhirnya diterima juga lamaran Hakim. Putri tidak pernah mengingkari kata-katanya kecuali bab perkahwinan ini yang membuat dia macam keras kepala. Bersyukur sangat bila akhirnya Putri mengubah fikirannya. Haji Aiman sangat menyenangi Hakim di awal perkenalan mereka lagi. Satu perkara yang ayahnya pelik tentang Putri bila kelihatan anaknya semakin susut dan wajahnya sering pucat. Pernah sekali mendapat tahu dari Fiqah yang kakaknya pengsan di pejabat tapi alasan kakaknya ketika itu sebab terlalu penat. Tiga bulan permintaan Hakim akan didiskaunkan ke dua bulan. Lagi cepat lagi bagus. Ada juga orang nak jaga anak aku. Bukan pilih kasih, tapi sedari merah tapak tangan, memang anak yang inilah yang selalu tidak sihat.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger