Monday, April 20, 2009

Suratan Menentukan Segalanya_SMS 2

"Hakim, petang ni teman Putri pergi MPH boleh tak?"

"Pukul berapa nak pergi?"

"After kelas. Dalam pukul 3.00 boleh?"

"Okay. Tapi pastikan pukul 3.00 tau. Hakim taknak tunggu lama-lama. Faham!"

"Okay."

Hakim memang terkenal dengan ketegasannya tetapi hatinya sungguh mulia.

Jam 3.00 p.m.
3.15 p.m..3.30 p.m.

"Maaf, lambat. Tadi jumpa lecturer, sebab nak tanya tentang assignment yang dia bagi. Tak faham. Macam susah je."

"Saya peduli apa awak nak jumpa siapa pun. Susah sangat ke nak inform dulu? Banyak kali dah saya call. Susah sangat ke nak jawab? At least, bagilah mesej ke, apa ke."

Putri hanya membisu. Dia faham benar dengan angin Hakim Zacquan. Pantang silap mesti angin satu badan. Perjalanan ke Mid Valley petang itu sungguh hambar. Hanya suara DJ berceloteh yang kedengaran.

"Hakim, Putri minta maaf."

Hakim langsung tidak mengendahkan Putri. Betapa sakitnya hati Putri, Tuhan saja yang tahu. Entah mengapa Hakim mudah benar naik angin sejak akhir-akhir ini. Memandangkan Hakim langsung tidak endah akan dirinya, Putri mengambil keputusan untuk terus membatukan diri sehinggalah mereka sampai di Mid Valley.

"Hakim, thanks sebab hantar Putri. Sorry menyusahkan Hakim. Ermm, tak payahlah temankan Putri pergi MPH. Putri boleh pergi sendiri. Pasal nak balik pula, Hakim tak payah risaulah. Pandailah Putri nanti." Putri terus berlalu tanpa menghiraukan reaksi Hakim terlebih dahulu. Terbalas sakit hatinya.

Putri terus menuju ke rak buku dan membelek-belek buku yang ada di situ. MPH sungguh luas dan dipenuhi dengan pelbagai sumber rujukan memudahkan lagi Putri memilih buku yang sesuai dengan kursusnya. Mata Putri terpaku pada sebuah buku yang terletak di rak bahagian atas yang tak mampu dicapainya. Namun Putri terus berusaha hendak mengambil buku itu. Tanpa disedari, perlakuan Putri diperhatikan oleh seseorang.

"May I help you?" sapa seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

"Thank you. I want a book in blue color, but I can't take it."

"You mean this book?" Lelaki itu menunjukkan buku yang berada di tangannya.

Putri mengangguk. Sambil lelaki itu mengambil buku yang Putri maksudkan.

"I'm Alex."

"Putri Atiqah," jawab Putri ringkas lalu menyambut buku yang dihulurkan.

"Awak student lagi ke?"

'Oh, orang Malaysia rupanya. Aku ingat foreigner mana tadi,'desis hati kecilnya. Putri hanya mengangguk.

"Study mana?"

"UM."

"Saya pun student UM juga. Awak fakulti mana?"

'Banyak soal pula mamat ni. Aku dah lambat ni. Sudahlah aku tak tahu nak balik naik pe. Hakim pun satu, nak marah pun janganlah over sangat. Aku pun tengah angin tak berapa nak betul ni.'

"Hello," tegur Alex sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Putri yang kelihatan seperti mengelamun.

"Ops, sorry! Awak tanya apa tadi?"

"Awak mengelamun ek? Saya tanya awak fakulti apa?"

"Oh, saya ambil business admin. Awak?"

"Medic."

"Really? Though course right? But, kenapa awak ambil buku International & Corporate Finance?" soal Putri kehairanan.

"My sister ask me to buy it. She need the book."

"Owh.. Alex."

"Yap."

"I think I should go now and thanks for your help."

"It's okay. Nice to meet you. See you again."

Setelah selesai membuat pembayaran, Putri bergegas ke tempat menunggu teksi. Inilah sejarah dalam hidupnya naik kenderaan awam bersendirian. Panas hatinya pada Hakim bertambah-tambah. Kalau dia tahu itu yang akan berlaku, pasti pelawaan Hakim untuk menjemputnya pagi tadi ditolak awal-awal.

Setibanya di rumah, Putri terus merebahkan diri di atas sofa. Entah mengapa, air mata yang di tahan sejak tadi melimpah jua. Esakannya kedengaran sayu sekali. Jarang sekali melihat gadis ini menangis, mungkin beban yang ditanggungnya terlalu berat sampaikan dia teresak sebegitu rupa.

"Putri, engkau ni kenapa?"soal Nurul.

"Takde apa-apalah," ringkas jawapannya sambil menyeka air mata yang semakin laju membasahi pipinya.

"Menangislah Putri, supaya beban yang engkau hadapi itu hilang bersama tangisan engkau tu."

Nurul berlalu pergi meninggalkan Putri keseorangan. Dia kasihan melihat Nurul, tetapi terpaksa menahan perasaan simpati kerana segala-galanya telah dirancang. Hakikatnya dia tidak sanggup melihat Putri berendam air mata. Tanpa disedari, air matanya turut mengalir di pipi.

Putri hairan melihat perubahan pada Nurul. Sekarang dia betul-betul berasa kesunyian. Entah kenapa sejak belakangan ini, Nurul jarang berbual dengannya.

'Apa salah aku? Kenapa Nurul berubah dalam sekelip mata? Kenapa Hakim langsung tak kisah pada aku lepas insiden hari tu? Apa semua ini? Sketsa apa yang mereka cuba persembahkan ni?'

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam Tiqah. Kau demam ke?"

"Tak. Aku sihat. Selesema sikit je. Adik apa khabar?"

"Sihat."

"Adik, adik nak datang sini tak? Aku keseorangan dekat sini. Adik datanglah," pinta Putri dalam keesakan yang tak dapat disembunyikan lagi.

"Kau kenapa ni Tiqah? Nurul mana? Aku tau, Hakim buat hal lagi ek?" Afiqah menegejek Putri.

"Tak. Tak ada kena-mengena dengan Hakim. Aku betul-betul perlukan engkau. Datanglah sini. Please.. Kau tak kesian kakak engkau ke?" Tangisan Putri semakin menjadi-jadi di hujung talian.

"Aku lemahlah kalau dengar kau menangis ni Tiqah. Sekejap lagi aku bagitau ayah and nanti aku inform aku naik flight bila. Sudah-sudahlah menangis tu. Dah tua bangka pun perangai macam budak-budak.Come on sis, don't be so childish."

"Engkau tak faham adik. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kalau kau rasa apa yang aku rasa, kau akan rasa, rasa yang menyeksa. Aku tunggu kau Fiqah." Putri terus mematikan talian. Dia terlena dalam esakan.

Perangai Putri memang jauh bebrbeza berbanding adiknya, Putri Afiqah yang lebih tegas dan kasar dalam perwatakannya. Kalau hitam katanya, maka hitamlah. Tidak ada sesiapa yang boleh membantah waima ibu dan ayah mereka.

Bunyi loceng jam serentak dengan laungan azan Subuh membangkitkan Putri dari terus dibuai mimpi. Putri terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya sebelum menunaikan solat Subuh.

Usai menunaikan solat, Putri menggapai handphonenya.

Message:Putri Afiqah

'aku naik flight 1 nov. pukul 8 mlm. kalau nak pesan apa2, bagitau awl2, nnt sng ibu dan Kak Norlin cari. C U D a-port..hehe. jgn nagis dah. Baby Iman pun x congek mcm kau. =p'

'aku nak kek lapis je. yg lain aku tak kisah. nnti pandai2 kak norlin dan ibu la nak blikan."

'Nasib baik hari ni takde kelas. Mata aku dah bengkak ni. Menghitung hari adik kesayangan aku nak datang. I miss my family.'

1 November....

"Nurul." Panggilan Putri dibiarkan tanpa sahutan, hanya kepalanya berpaling memandang Putri.

"Malam ni aku balik lambat," Putri memulakan bicara walaupun Nurul melayannya dingin. Kehadiran Afiqah perlu dimaklumkan memandangkan Nurul housematenya walaupun condominium itu milik Putri, hadiah ulang tahunnya dari ayahnya.

"Kenapa? Kau nak pergi mana?"

"Aku nak jemput Afiqah dekat LCCT. Dia datang sini." Permulaan yang baik, Nurul berbicara dengannya.

"Okaylah kalau macam tu. Kau pergi dengan Hakim ke?"

"Nope. Alone. Hurm, aku dah lambat ni. Aku nak pergi fakulti. Hantar assignment."

'Putri pergi jmput adik dia dkat lcct mlm ni. kesian pula aku tngok dia. kau upahlah mana2 member kau ekori dia. tkut apa2 trjadi on d way nnt.' Send...

6 comments:

  1. ok...
    teruskn berkarya k...
    ske pepatah "kau xrse apa aku rse,klau kau rse apa yg aku rse,tentu kau akn rse yg menyeksa"
    hhuhuhhuu
    stdy la...=p

    ReplyDelete
  2. ermm, cute pernah dngar pepatah tu ke sblum ni?
    huhu.
    truskan mengikuti perkembangan SMS ye..

    ReplyDelete
  3. wow... not bad... teruskan bekarya... sis akan sokong

    ReplyDelete
  4. thank sis..
    i'll try my best..

    ReplyDelete
  5. see.. ramai yang sokong aina.. good luck!

    ReplyDelete

Powered By Blogger