Wednesday, May 6, 2009

Suratan Menentukan Segalanya_SMS 5


Apa yang harus aku lakukan ni? Sakit ni semakin parah. Aku tak sanggup nak tinggalkan Hakim untuk selama-lamanya. Aku sayang dia. Aku harus kuatkan semangat aku. Hari ini aku menjadi tunang dia. Maknanya aku akan menjadi isterinya kelak. Aku kena kuatkan semangat. Be strong girl. Kenapa aku tak ajak dia nikah je terus ye? Ada juga orang nak jaga aku time aku sakit ni. Tapi, aku tak sanggup. Tak sanggup bila dia mengetahui akan kebenaran yang aku takkan hidup lama di sisinya. Aku sakit Hakim. Sakit.

"Akak, Tiqah macam tak sanggup je nak melalui semua ini kak. Seandainya Tiqah tak sempat jadi isteri dia, akak bagitahu adik gantikan tempat Tiqah ek,"seraya itu matanya mula berkaca-kaca.

"Apa Tiqah mengarut ni?"

"Takde la. Tiqah bagitahu je. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan kak."

"Tiqah, cuba bagitahu akak apa masalah Tiqah. Tadi akak ternampak dalam beg Tiqah banyak ubat. Tiqah sakit ke?"

"Tiqah tak bersedia lagi nak bagitahu kak."

"Tapi sampai bila Tiqah nak berahsia? Sampai ajal menjemput? Ingat akak tak tahu ke yang Tiqah selalu pengsan? Siapa akak ni pada mata Tiqah sekarang? Sebelum ni Tiqah tak pernah merahsiakan apa-apa dari akak. Tapi mengapa sekarang Tiqah macam mulai menjauhkan diri dari akak? Apa dosa akak Tiqah?" Norlin mula memainkan konsep psikologi pada Putri yang keras kepala mahu memberitahu perihal sebenar tentang sakit yang dialaminya.


"Akak, Tiqah minta maaf sebab merahsiakan dari akak. Tiqah mengidap leukemia kak. Tiqah disahkan mengidap penyakit ni masa semester akhir Tiqah di universiti lagi. Tiqah dah jalani semua rawatan yang doktor jadualkan tapi gagal kak. Gagal untuk mengawal pembiakan sel darah yang tak normal dalam badan Tiqah ni,"kaca yang tadinya berkilau di mata sudah pun berkecai di pipi. Putri tak sanggup lagi menanggung beban keseorangan.


Norlin terpaku mendengar penjelasan adiknya. Bagai terhenti nadi bila mendapat tahu adik kesayangannya mengidap penyakit yang bahaya itu. Tidak sangka selama ini Putri yang manja itu menanggung penderitaan sendirian.


"Kenapa kau rahsiakan dari kami Tiqah?"


"Tiqah tak sanggup kak. Tiqah dari kecik dah asyik nak sakit. Akak pun tahukan Tiqah macam mana. So, bila dah besar ni, Tiqah tak nak menyusahkan keluarga kita dengan sakit yang Tiqah alami ini kak. Biarlah Tiqah menanggungnya sendiri."


Ruang tamu rumah pada hari itu sangat meriah. Saudara mara semua ingin meraikan hari pertunangan Putri.


"Norlin.. Bawak Tiqah tu keluar. Rombongan dah sampai ni,"panggil Mak Bedah dari luar.


Norlin memimpin tangan adiknya keluar dari bilik dan duduk di ruang yang telah disediakan. Betapa hatinya geram pada Putri kerana merahsiakan sakitnya. Tapi mungkin dia mempunyai niat sendiri. Norlin akan cuba mencari alternatif membantu Putri keluar dari kesengsaraannya itu.

Selesai majlis bertunang, acara bergambar lazim dilakukan. Kawan-kawan Putri semuanya hadir pada petang itu. Setelah selesai 'diculik' kawan-kawannya, Hakim merapati Putri dan melarikan Putri ke suatu sudut di ruang tamu itu.


"Cantiknya Putri Hakim hari ni. Tak puas Hakim tengok."

"Yelah tu. Ngade-ngadelah awak ni. Kalau tak puas tengok nikah teruslah tadi,"gurauan berani Putri.

"Iye? Betul ni? Kalau betul sekarang juga Hakim umumkan yang Hakim akan nikahi Putri dalam masa terdekat ni,"Hakim inginkan kepastian.


"Orang gurau je la."


"Hakim nak tanya boleh?"


"Tanya jelah. Selalu macam tu, nak tanya pun kena minta izin."


"Dari tadi Hakim perasan lelaki yang duduk sebelah sana tu asyik perhatikan Putri. Siapa tu?"


"Cemburu ek?"


"Mestilah. Putri ni kan Hakim yang punya, mana boleh lelaki lain tengok lama-lama. Nak pecah muka try lah."


"Tengok, nak marah aje. Kalau saya bagitahu, awak jangan marah tau. Lelaki tu Husni, ex saya masa sekolah dulu. Lama dah kitorang break. Masa saya upper six lagi. So, awak tak payahlah nak risau sebab....,"sengaja mendiamkan diri seketika.


"Sebab ape?"cuak melanda jiwa.


"Sebab Putri Atiqah sayang pada Hakim Zacquan je. Selama-lamanya,"ujar Putri dengan gaya manjanya.


"Thank you. Jomlah makan. Hakim Putri ni dah lapar. Putri Hakim tak lapar ke....?"


"Eleh.."


Hakim bersyukur sangat perjalanan majlis hari itu berjalan dengan lancar. Dari apa yang kawan-kawan Putri ceritakan padanya tadi, boleh tahan juga Putri ni di sekolah dulu. Ramai peminat dan semuanya di'approve'nya. Alah.. Biasalah tu, zaman remaja. Mesti nak gila-gila. Dia tak kisah semua itu, yang penting Putri sayang padanya. Masih terngiang-ngiang ungkapan, 'sebab Putri Atiqah sayang pada Hakim Zacquan je. Selama-lamanya.'


"Ni termenung pula. Apa yang Hakim fikirkan tu? Tersengih-sengih. Jom makan. Tadi kata lapar."


Putri memang begitu perangainya. Dari manja boleh berubah menjadi 'macam' garang tapi hakikatnya tak garang langsung.


"Abang Hakim, jaga akak Fiqah tu elok-elok. Jangan nak mengamuk aje kerja."

"Okay. Beres bos."

Afiqah memang lancang dalam berbicara. Isyarat mata langsung tidak diendahkan. Tapi bagi Hakim dia memang perlukan seorang 'reminder' yang seperti itu kerana kadang-kadang barannnya hilang kawalan. Afiqah mula rapat dengan Hakim sejak insiden birthday Putri yang ke-23 dulu. Makin rapat bila Afiqah sering menjadi orang tengah antaranya dengan Putri bila hubungan mereka dilanda masalah.



Aliza memerhatikan Putri dari jauh. Ingin sekali dia bertanyakan lebih lanjut tentang apa yang dia dengar tadi.

'Tiqah mengidap leukemia kak.' Betul ke apa yang dia dengar tadi. Kakinya tidak jadi melangkah masuk ke dalam bilik Putri sebaik sahaja terdengar perbualan antara Putri dengan kak Norlin. Hatinya turut tidak keruan bila mengetahui hakikat itu. Tidak sanggup kehilangan sahabat karibnya itu tapi tidak mahu bertanya lebih lanjut bila melihat Putri seakan terlalu gembira melayan karenah tunangnya.


"Liza, jomlah makan sekali."

"Eh, aku dah makan dengan diorang tadi! Kau cantiklah hari ini Putri."

"Habis tu, sebelum ni aku tak cantiklah?"

"Cantiklah, tapi hari ni lagi power-power cantiknya sampaikan ada juga dengar orang menyesal tinggalkan kau dulu." Gelak ketawa mereka menambah lagi keriuhan petang itu. Tanpa siapa yang tahu mereka menyembunyikan rahsia di hati masing-masing.


Hakim membiarkan Putri meng'gila'kan dirinya dengan kawannya. Baginya, bersosial tidak menjadi satu masalah dalam hubungan mereka selagi tidak melanggar batas.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger