Saturday, May 2, 2009

Suratan Menentukan Segalanya_SMS 3


Handphone Putri menerima isyarat panggilan masuk.

Nurul housem8 calling...

"Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Putri, kau dekat mana sekarang?"

"On the way balik KL. Kenapa?"

"Aku perlukan bantuan kau ni."

"Yelah.. Aku nak tolong macam mana kalau engkau tak bagitau apa yang aku nak tolong."

"Boleh tak kau datang restoran Sri Kandi? Kereta aku rosak. Nak minta tolong ambik akulah.."

"Owh.. Okay je. Nanti dah sampai aku bagitau."

Pelik! Tiba-tiba elok pula hari ni. Dah berapa lama tak bertegur rasanya.

"Tiqah! Kau kenapa sebenarnya?"
"Tak ada apalah."

"Sejak bila kau pandai berahsia ni?"

"Yelah.... Aku cerita ek. Kau dengar je, jangan nak banyak soal sebab aku pun tak tau kenapa semua ni terjadi." Putri menceritakan semua apa yang berlaku dalam hidupnya sepanjang tempoh 'krisis' antara dia dengan Hakim dan perubahan sikap Nurul yang mengundang pelbagai persoalan.

"Begitulah al-kisahnya dik."

"Oh, boleh tahan juga angin si Hakim tu ye? Nasib engkaulah Tiqah. Aku no comment. Bagus juga kau dapat pakwe garang, taklah naik kepala sangat macam yang sorang tu nanti.." ujar Fiqah sambil tergelak-gelak mengenangkan diri abang Mie yang selalu kena 'buli' isterinya.

"Aku mana macam wife abang la. Aku nak jadi isteri yang solehah.."

"Solehah la sangat. Ha, nak pergi mana ni? Sri Kandi ek? Aku dah lapar ni. Apalah yang si Nurul tu buat dekat restoran tu malam-malam buta ni. Dah dekat jam 12 malam ni"

"Entahlah. Jarang dia keluar malam-malam. Ada hal kot."
Setibanya di tempat yang yang dijanjikan, Fiqah memarkirkan kereta kakaknya. Kelibat Nurul sudah kelihatan dari jauh.

"Putri, thank you sangat sebab kau datang tolong aku. Aku minta maaf sebab dua tiga minggu ni aku macam tak peduli engkau. Aku ada problem sikit."

"Wei!! Nak buat drama dekat rumhlah. Aku lapar ni. Alang-alang kita kat tempat makan ni, baik aku makan dulu. Amacam?"

"Aku okay je adik. Kau Nurul? Boleh tak teman kitorang makan jap?"
"Okay. Lets go."ujar Nurul lalu menuju ke dalam restoran.

Melangkah sahaja kaki mereka ke dalam restoran itu.....

Happy birthday to you.....
Happy birthday to you.....
Happy birhtday to Putri Atiqah...
Happy birthday to you.....

"Putri, happy birthday. I'm sorry for everything that I've done but all this for your birthday. I'm gonna to make something special that you can't forgot whether you hate my behave for the past few weeks. But, all it for tonight.. I'm sorry. I love you sayang. "

"Thank you." Putri menyeka air mata yang kian membasahi pipi. Dia terkejut dengan apa yang berlaku malam itu.

Dek kerana terlalu memikirkan masalah dan persoalan yang dihadapi, sampaikan tarikh lahir sendiri pun dia lupa. Sungguh dia tidak menyangka perubahan sikap Hakim dan Nurul rupanya untuk kegembiraannya pada ulang tahunnya yang ke 23.

"Aku pun minta maaf Putri. Semua ni Hakim yang rancang. Aku follow je. Tapi seriously aku cakap, aku tak sanggup dah nak buat engkau macam ni. Aku kesian sangat. Tak pasal-pasal Fiqah datang sini sebab aku biarkan engkau keseorangan. Dah-dah la nangis tu. Buruk betul muka engkau yang comel ni. Malu kat Hakim tengok muka engkau ni." Nurul memeluk Putri sambil mengusap lembut belakang Putri.

"Sis, happy birthday. Sebenarnya, aku plan nak celebrate birthday kau malam esok, that why la aku datang hari ni. Tapi takpe, save bajet aku sebab abang Hakim dah raikan awal-awal. So, apa lagi, potong kek tu and jemputlah makan. Aku dari tadi dah tak makan ni. Tak pasal-pasal aku pengsan kebuluran kang.." Teman-teman yang datang gelak sakan mendengar gurauan adik Putri.
Persoalan yang membelenggu fikiran Putri akhirnya terlerai jua. Putri tidak menyangka Hakim bersikap begitu sedangkan selama mengenali Hakim, lelaki itu sentiasa tegas dan jarang sekali mahu bergurau dengannya. 24 jam serius. Tidak seperti lelaki lain yang sentiasa mahu mengusung buah hati ke mana sahaja. Tapi, Putri sangat bersyukur tidak diperlakukan begitu. Hakim sangat menghormati Putri dan itulah sebabnya Putri sangat menyayangi Hakim.
"Termenung nampak. Fikirkan ape tu?"
"Tak. Saja je. Thank you and Putri nak minta maaf sebab berkasar dengan Hakim tempoh hari."
"Ermm. Hakim tak kisah sebenarnya. Hari tu saja nak cari point nak kenakan Putri. Hakim tak kisah pun sebenarnya yang Putri lambat jumpa lecturer tu. Okay tak assignment tu? Boleh buat?"
"Boleh. Itupun Nurul yang tolong. Group member Putri semuanya tak bagi komitmen langsung. Tapi Putri sangat marah sebab Hakim sanggup biarkan Putri macam tu je dekat Mid hari tu.
Jahat."
"Mana ada. Hakim ada la masa tu. Putri yang tak perasan. Takkan Hakim sanggup biarkan orang yang Hakim sayang keseorangan. Masa Putri pergi LCCT tadi pun Putri tidak keseorangan sebenarnya. Hakim suruh Fatin dengan Hanif follow Putri. Hakimkan sayang Putri. Hakim minta maaf sangat-sangat."
Sekali lagi Putri terpana mendengar penjelasan Hakim. Ya Allah, baiknya lelaki di depan aku ni. Permudahkanlah jodoh kami sekiranya dia dijadikan untukku ya Allah, dan seandainya dia bukan dijadikan untukku, jauhkanlah dia dariku supaya aku tidak terus menyintainya...
"Sebenarnya, Hakim nak bagitahu sesuatu yang penting sempena birthday Putri ni."
"Apa? Bagitahu je.. Putri bersedia mendengar dan menerima segalanya-galanya."
"Sebenarnya............"

3 comments:

  1. dania..... nak sambungan skrunk jgak...haha.=p anyway gud work frenz!!!

    ReplyDelete
  2. rilex la..nak continue la ni..
    anyway..tq gak coz sudi baca

    ReplyDelete
  3. ermmm so sweet......
    part birthday 2....
    continue ur story...

    ReplyDelete

Powered By Blogger