Wednesday, May 6, 2009

Suratan Menentukan Segalanya-SMS 6










Malam itu Putri bergegas menuju ke restoran mahu berjumpa dengan Hakim. Seminggu sudah menjadi tunang Hakim, inilah kali pertama mereka keluar bersama.

"Lama tunggu? Sorry lambat," ujar Hakim.

"It's okay."

"Putri nak makan apa?"

"Saya nak minum je. Tak nak makan."

"Makanlah sikit Putri. Hakim tengok Putri dah semakin susut dah ni. Kenapa ni? Tak sihat ke?"

"Taklah. Saya tak lapar. Ada apa nak jumpa ni?"

"Kenapa? Macam tak sudi je jumpa tunang sendiri."

"Eh, taklah! Tanya je."

Hakim, aku rindu engkau. Tapi aku buat-buat macam biasa sebab aku tidak mahu kau terasa sangat seandainya perkara yang tak dijangkakan terjadi nanti. Kalau boleh, aku nak jadi macam Putri yang dulu. Yang sentiasa cuba membuat Hakim gelak ketawa walaupun Hakim dalam keadaan yang sangat marah. Hakim, kalaulah engkau tahu penderitaan yang aku alami sekarang ini, hakikat sebenarnya, akankah Hakim setia berada di sisi Putri?

"Dengar tak Hakim bagitahu apa ni?"

"Ahh? Apa dia?"

"Putri mengelamun ek? Hakim kata, Hakim kena pergi Dubai sebulan ni. So, Hakim risau kalau tak sempat nak buat persiapan perkahwinan kita."

"Hakim, jangan tinggalkan Putri."

"Kenapa ni Putri? Hakim pergi sebulan je."

"Kita kahwin."

Hakim terpaku mendengar pelawaan Putri.

"Betul ni?"

"Betul Hakim. Kali ni Putri tak main-main. Putri serius."


"Tapi kenapa tiba-tiba nak cepatkan? Bukan ke sebelum ni Putri tak suka bincang tentang perkara ni ke?"

"Sebab Putri takut sebaik Hakim balik dari Dubai, Hakim tak jumpa Putri dah," Putri terus bangun meninggalkan Hakim dengan seribu satu persoalan.

"Putri! Tunggu!"

Putri tidak berpaling walau sedikit pun malah terus berjalan laju menuju ke keretanya. Malam ini aku nak keluar. Aku nak besendirian. Aku nak tenangkan fikiran aku yang kusut ini. Gila. Kenapa aku ajak dia kahwin tadi? Tidak terlintas di fikiran pun mahu berkata begitu. Aku takut. Aku takut aku tidak sempat merasa kasih-sayang seorang suami dan aku ingin menjadi isteri solehah. Aku takut aku mungkiri janji pada Hakim yang aku akan menjadi isterinya kelak. Aku takut. Tapi masih terbit satu fajar dalam hatiku yang membuat aku kuatkan semangat melawan penyakit ini.

"You have less than 2 years Putri. I don't know why your cells still active to born out the unnormal blood even you always follow all treatments that we produce for you."

"It's okay Dr. Heynna. I'll face it. I'm strong woman. You know me right." Putri menyembunyikan kegusaran di jiwa. Senyuman yang terbit di bibir seolah-olah terpaksa. Sesiapapun, jikalau mengetahui akan hakikat hidupnya tidak lama, mesti akan gusar jua.

Dari hari ke hari, rambut Putri semakin banyak gugur. Kulit kepalanya sudah jelas kelihatan. Kata-kata Dr. Heynna petang tadi masih tengiang-ngiang di telinga. Dua tahun. Masa yang terlalu singkat bagi seorang hamba untuk membersihkan dirinya menemui ilahi. Jauh di sudut hatinya bersyukur, sekurang-kurangnya dia tahu akan tempoh hidupnya di muka bumi Allah ini.

Prince Zacq calling....

"Tak tidur lagi?"

Dah aku jawab ni tak tidurlah maknanya. Soalan, pelik-pelik aje.

"Dah. Tengah tidurlah ni," Putri geram.

"Laa. Garangnya. Hakim nak bagitahu yang Hakim terpaksa bertolak esok. Tapi Hakim dapat kurangkan tempoh bertugas dekat sana. Hakim pergi dua minggu je. Balik dari sana kita kahwin ek."

"Hakim..."

"Kenapa ni sayang? Janganlah nangis. Sejak akhir-akhir ni, Putri Hakim ni selalu je nangis. Hakim tak pergi lamakan..'

"Tapi bagi Putri berjauhan dari Hakim sehari pun rasa terlalu lama."

"Sabar ek. Nanti balik je dari Dubai, kita balik Sarawak kita nikah ye sayang."

"Hakim kerjalah dekat syarikat ayah."

"Kenapa pula ni. Bukan dulu Putri juga ke yang tak nak Hakim kerja tempat yang sama. Nanti cepat bosan. Yelah, Hakim ni sesedap mata memandang je. Itupun sekilas pandang je. Takut orang tu bosan pulak nanti kan..."

"Itu dulu. Tapi Putri memang tak nak jauh dari Hakim dah."

"Takpe. Kalau sayang tinggal-tinggalkan. Baru rindu"

Tiada jawapan di hujung talian. Panggilan terputus. Hakim tahu tunangnya merajuk. Dua minggu je. Tak lama pun. Nanti balik aku akan pastikan engkau jadi isteri yang sentiasa bertakhta di jiwa ini Putri. Apa yag peliknya, dia perasan yang Putri seolah-olah menyembunyikan sesuatu darinya. Membelek semula gambar-gambar lamanya dengan Putri suatu ketika dahulu memang sungguh berbeza. Dulu gadis itu tembam tetapi sekarang ketembamannya itu semakin hilang. Kurang sikit kecomelannya tetapi itu bukan batu ukuran untuk menyayangi seseorang. Ia datang dari hati yang tulus ikhlas.

Telahannya salah. Tiada siapa mengetahui Putri terjelepok di lantai biliknya. Badannya semakin lemah. Khabar yang disampaikan Hakim sebentar tadi langsung tidak mengembirakannya. Dia terlalu memerlukan seseorang di sisinya tambahan lagi keadaannya yang memang tidak stabil ketika itu.

Pagi itu, Hakim meninggalkan bumi Malaysia atas urusan tugas. Sempat dia menghantar pesanan ringkas nakal pada Putri sebelum handphone dimatikan.


_jgn majuk lg tau buah hati abang. nanti x comel dah. balik ni kita nikah ek. muwaah.. cayang Putri_

Pagi itu juga Putri tersedar yang dia terbaring di atas lantai dengan lengan baju tidurnya penuh dengan darah. Putri bangkit menuju ke katil. Ubat terus ditelan. Perlahan-lahan menuju ke bilik mandi untuk mandi. Selesai segalanya, baru handphone dicapai. Seraya itu matanya berkaca.

'Hakim... Putri rindu Hakim. Hakim jangn pergi lama-lama. Putri nak habiskan sisa-sisa hidup Putri di sisi Hakim. Putri sayang Hakim.'


Hari itu Putri tidak pergi ke pejabat. Tidak larat. Inilah kali pertama dia tidak pergi ke pejabat setelah sekian lama menjadi seorang pekerja yang bertugas di syarikat ayahnya sendiri. Dia tidak sabar menunggu kepulangan Hakim. Dulu memang dia mahu menjauhi Hakim, tapi dia memang tidak sanggup berjauhan dari Hakim. Biarlah apa yang terjadi, yang penting impiannya menjadi isteri kepada Hakim tercapai. Putri memang terlalu menyayangi Hakim.

2 comments:

  1. sedihnya.....
    knp la putri rahsiakn pyakit dia...
    anyway,..good job...
    chaiyok2 2 continue other episode...

    ReplyDelete

Powered By Blogger